Tips dan Cara basuh kotoran degil pada tudung

Tips dan Cara basuh kotoran degil pada tudung

sabun buku

Assalamualaikum wbt,

Lama tak bersiaran.. maaf sangat sibuk sejak akhir-akhir ni sebab kami pindah website baru dan juga pemindahan Sales Team ke tempat baru. Butik kami masih ada jadi jemput singgah ye bila datang ke Bangi Sentral ni 😉

Haa tengok tajuk ni kami nak kongsi tips cara basuh kotoran degil pada tudung. Sebelum ni USWAH pernah keluarkan tudung jenis shimmering crepe yang NUHA Instant Shawl, ADWA Oblong Shawl dan juga Qadeeja Bawal Shimmering.

Kain jenis ni atau mana-mana chiffon pun sebenarnya kalau kena kotoran jenis minyak atau pun darah, mesti susah nak basuhkan? rendam lama-lama dalam air sabun pun masih juga tak tanggal.

Apa yang admin buat, saya ambil sabun buku (seperti gambar di atas) dan gosokkan kat tempat yang kena kotoran tu. Biarkan kesan sabun tu lama dalam 5-10minit kemudian baru rendam dalam air sabun dalam 20-30 minit.

Selepas tu, masa bilas boleh cuci bersih-bersih tanpa kesan sabun. Tengok kotoran tu lebih senang tanggal bukan? Cubalah  🙂

 

 

p/s: Jika artikel ini bermanfaat, silakan SHARE guna button di bawah. Kami halalkan  😀

 

 

2 thoughts on “Tips dan Cara basuh kotoran degil pada tudung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *