DIY Tudung Instant Dua Muka (Double Loop Instant Shawl)

DIY Tudung Instant Dua Muka (Double Loop Instant Shawl)

Assalamualaikum semua~

Hari ni kami nak share cara nak buat tudung instant dua muka (double loop instant shawl) labuh, senang dan mudah! Tak perlu jahit pakai mesin pun takpe dan pakai bahan apa yang sedia ada di rumah je 😉

Bahan-bahan

Shawl Panjang biasa (kalau nak labuh ambil size 2mX0.75m minimum)
Brooch kecil
Jarum Peniti
Benang dan Jarum ikut warna yang sesuai
Gunting atau sniper

 

CARA Pertama

  1. Ambil contoh tudung dua muka yang anda selesa pakai. Letakkan rata di atas lantai atau meja.
  2. Ambil shawl panjang biasa dan letakkan di atas tudung dua muka tadi. Pinkan dengan brooch kecil bahagian muka yang pertama dan kedua. Kemaskan dengan peniti.
  3. Jahit sembat biasa kedua-dua bahagian muka tadi yang sudah ditanda dengan brooch/peniti.(pastikan jahit belah dalam tau 😀 )
  4. Walaaah dah siap! Adjust bahagian muka tu ikut keselesaan anda ye 🙂

 

CARA Kedua

  1. Kalau belum pernah beli tudung jenis dua muka, boleh start lilit shawl panjang tu ikut tutorial di bawah.

    cara pakai shawl
    cara pakai shawl labuh ADWA
  2. Lilit ikut keselesaan dan kelabuhan yang diingini. Pinkan dengan kemas di bahagian muka pertama dan di bahagian muka kedua.
  3. Jahit sembat biasa di kedua-dua muka tersebut.
  4.  Haa siap sudah satu tudung instant shawl labuh anda!

 

 

Jimat tak jimat haa dapat guna semula tudung shawl yang tak instant tu kita instant-kan ia.  😎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *